السلام عليكم
Telah berlalunya Ramadhan kunjungnya pula Syawal. Dari berpuasa,kini semua umat Islam meraihkan kemenangan mereka dalam menghadapi dugaan dan menjalani ibadah yang wajib bagi semua umat Islam kecuali mereka yang diizinkan. Dan seperti mana umat Islam yang lain,aku jua meraihkan kemenangan selepas sebulan berperang dengan nafsu,ku lihat sekeliling ku..setiap umat islam bergembira menyambut kehadiran Syawal,namun diriku bersedih disebalik kegembiraan. Inilah kisah RAYA PERANTAU.
Aidilfitri 2011, tahun keramat ini telah mengukir satu kisah RAYA PERANTAU dalam kamus hidupku. Keputusan ku untuk tidak pulang ke kampung halaman menyebabkan terukirlah kisah ini,yang tidak pernah melintasi dalam pemikiranku. aku terpaksa membuat keputusan itu demi mencapai misi aku.
Takbir bergema membelah kesunyian malam yang dingin,ku lihat terukir senyuman diwajah kanak-kanak comel yang bermain bunga api sempena menyambut kedatangan Syawal. Ku dengar bunyi mercun membelah hening malam dan tidak ketinggalan suara-suara mak angkat dan keluarga angkat aku yang berceloteh sambil menyiapkan juadah hari raya. Ketika itulah fikiran ku melayang terbang terkenangkan kembali suasana di kampung halamanku. Terdengar suara adik kecilku yang memanggilku menyuruhku membakarkan bunga apinya. Aku tersedar dari lamunan selepas mendengar namaku dipanggil oleh kakak angkatku. Dengan hati yang masih pilu,aku menggerakkan tubuhku ke dapur untuk berjumpa dengan kakakku tadi dan ternyata dia meminta ku menolongnya mengemaskan persiapan untuk esok hari.
Aku terciumkan bau ayam rendang dan kuah satey dan ini membuatkan seleraku terbukauntuk menjamah makanan tersebut. Mama mengukir senyuman apabila melihat telatahku yang tidak sabar untuk makan juadah-juadah. Tersentak aku dari lamunan apabila gelas yang ku pegang tiba-tiba jatuh ke lantai. Kakak angkat ku mentertawakan aku kerana itu,tidak pernah dilihatnya aku mengelamun begitu,di hati timbul rasa sedih yang mendalam.
Terdengarkan ku takbir berkumandang memecah kecerian pagi,1 Syawal telah pun tiba,aku bangun dari tidur dan duduk sebentar di beranda rumah. Jika aku dikampung,pasti aku dapat mencium aroma satey yamg mama aku panggang tapi aku tau itu jika aku dirumah. Aku mengeluh sebentar,dan bangun dari dudukku dan terus ke kamar mandi. Ku lihat jam dah masuk jam 10,sembahyang raya telah pun ku sempurnakan pagi tadi,dan ku rasakan hatiku semakin sayu di hari yang mulia ini. Hendak ku nangisinya tapi aku bukanlah orang yang sebegitu lalu ku pendam jauh di dalam lubuk hatiku. Ku bertanyakan diriku,mungkin inilah RAYA PERANTAU yang sering diucapkan oleh orang. Disebalik kesedihan,aku tau ini semua demi mencapai matlamat aku dan ianya antara halangan oleh Illahi.. Amin.............
No comments:
Post a Comment